Sunday, 1 December 2013

kurang.

Kurang.

Dalam hidup ni kan, salah satu perkataan yang femes, n biasa orang akan sebut kome agak mende?? Hehe.. pada aku la perkataan yang selalu keluar dari mulut orang, adalah KURANG.. kurang ape?? Hehe.. macam-macam la kurang nye.. ok2. Here is the situation. Seorang suami sedang menikmati masakan isterinya. Tengah-tengah terbukak selera dia, tibe-tibe….

“huh! Kurang masin. Xreti masak betul kau ni!” Kate si suami..
Mesti kome penah dengar kan? Pasti punye la. Oke. Situasi lain.
“man. Bini aku tu aku rase da kurang cantik la.” Tak pun korang penah dengar perkataan mcm ni. Semasa si ibu memberi belanje skolah kat anak, si anak berkata,

“banyak ni jer mak? Mana cukup. Nanti orang nak makan ape?
Hehe..sebenarnye yang kes anak ni, bnd ni jadi depan mate aku. Time tu ak form 2 kalau tak salah la. Time tu aku nak g tunggu bas. Then berhenti la kat rumah kawan aku dengan harapan aku dapat la bergerak ngn kawan aku tu. Tibe-tibe bapak kawan aku tu marah anak dia yang perempuan ni.

“tiga ringgit tak cukup? Berapa banyak kau nak hah? Cube kau Tanya kasim tu. Berapa belanja sekolah dia.” Bapak budak perempuan tu marah la kat dy skejap. Then ak pn th cmne ta ttbe jer nak menyampuk. “Mak bagi dua ringgit je.” Pakcik tu terus la membela aku dengan berkata. “tengok! Lagi sikit dari ko. Ko pk la sikit. Abah ni bukan nye ad duit sangat.” Selesai jer anak dy tu ikat tali kasut, trus dy kua g skola. Hehe. Kesian. Bile teringat blek, mesti aku rse mcm xpatut la anak dy tu melawan ayah nye. Ayah kot. Boleh jatuh derhaka tw. ak bukan la nk cite psl pengalaman aku ni. Cme skng ni ak juz nk berckp psl kurang. Kepada manusia diluar sana,(pesanan tok diri sendiri jugak) bersyukur lah dengan apa yang ada. Apa yang Allah dah bagi tu adalah yang terbaik untuk kita. Bila kita mempersoalkan tentang apa yang jadi kat kite, takut kite jadi tak redha. Aku teringat sorang akak tu cakap kat aku. Dia kata dalam Quran ad ayat yang bermaksud, “bagaimana aku ingin redha dengan hambaku sedangkan dia tidak redha dengan diri sendiri.” Tak kesah la ni ayat Quran ker bukan, tapi ayat ni memang kena la. Aku pun rase mcm tu.
            
             Ok! Sekarang cube kome bayang la. Kome ade anak. Then anak kome tu asyik merungut jer bile kome bagi mende kt dorang. Contoh! Kome bagi baju jubbah kat anak pompuan kome. Mahal jubbah tu. Tapi anak kome tak suke n merungut-rungut nak kan skirt pendek. Tak redha dengan pemberian kome. Xsuke pn. Ape kome rase? Sakit kn?? Mestilah sakit punye. Kome juz nak anak kome tu cover aurat. Laksanakan tuntutan agame tok tutup aurat. Kome juz nk yang terbaik tok anak kome walaupun anak kome tu xnk. Kome tw kan tu yang terbaik? Tapi ank kome tu bukan ny tw pn. Asyik nk ikot hati jer. Ape yang dirase bagus tok dy, tu la yang dy nk. Agak-agak kan, kome akan bli ke skirt pendek tu sedangkan kome tw memang sah akan terdedah la aurat anak kome?nak ke kome bagi? Mestilah tidak dan kome pasti akan tetap bagi jubbah tu.
            
             The same situation yang mungkin tuhan tu akan rase bile kome keep on questioning the things that He have given to kome. (bhse inggeris mende tah ak gne.hehe.) tp Allah tu tidaklah akan sedih kot. Aku tak tahu. Tapi mesti la perkara yang kome buat tu akan mengundang kemurkaan Allah. Sedarlah bahawa Allah itu maha mengetahui. Salah satu ayat Alquran yang bermaksud, “..dan Allah itu mengetahui tentang apa yang kamu tidak ketahui.”telah membuktikan segala-galanya. Perancangan Allah juga sangat-sangat teliti. Sangat sempurna. Maka nantikanlah hikmah yang ada disebalik kejadian. Bersyukurlah kome kerana even bende tu KURANG, tapi ianya masih ada. Skng ni aku nak komen sikit tentang situasi yang aku dah bagi kat atas tadi. Pasal kes pakcik yang cakap isteri dy masak kurang masin tu kan, aku rse pakcik tu patut bersyukur sebab masih lagi ada rasa masin kat makanan dy. Cube kalau bini dy masak  n rsenye LANGSUNG TAK MASIN! Agak-agak mne bebih bek? Kurang masin ker tak masin langsung? Pk la. The second situation. Bini kurang cantik. Even bini kurang cantik, tapi still ad lagi kecantikan nye. Bersyukurlah kerana kurang cantik. Daripada bini dy TAK CANTIK! Nak tengok pn muntah. Nak tengok pun pengsan, Lebih baik kurang cantik. Ucapkanlah Alhamdulillah. (cepat ucap!dapat pahala) the next situation mostly kte penah buat. Sape tak penah buat, mmg bgs la bdk tu. duit belanje tak cukup. Kite akan rse cm xsedap la. Duit xcukup. The power of duit ni sgt penting kpd orang yang mengejar dunia. Anak beranak sanggup berbunuhan. Fitnah senang jer nk jadi. Perempuan sanggup lacur diri. Lelaki sanggup jadi gigolo tok mak datin yang dah tua kerepot. (berselera lagi dorg yer?klu aku la. Xsnggup woo) orang boleh terima rasuah. Orang salah jadi betul.orang betul jadi salah, n bermacam lagi. Sume pasal duit. Ble mak bagi belanje, even kurang, syukurlah. Sbb mak masih lg nk bg. Daripada dorang tak bagi langsung? Alhamdulillah la kurang. Kepada mereka yang merasakan diri kurang cantik, o kurang hensem, n mcm-mcm produk la yang kome da gune tok bg mke tu cntik, hensem, anggun, menarik n sebagainye, kome ptt bersyukur kome masih lagi ada muka. Masih lagi lengkap paras rupa. ad dua bijik mate, dua lubang hidung, mulut still lagi ka bwh hidung, dahi still kt atas, n bermacam lagi. Syukurlah. Jangan banyak bersungut. Ucapkan Alhamdulillah dijadikan sedemikian. Bersyukur. Cube kome bayang kalau mulut kome tu ad kt dahi. Dahi ad ke mulut. Hah! Tak ke plek rupe nye tu?tak pun lubang hidung ad satu jer.. bukan dua. Huh! Klu lubang hidung jadi satukan, aku rase ibu jari kaki pn kome blh gne tok korek hidung. Punye la beso lubang. Pada yang hidung kembang tu, syukur la yer. Lubang hidung kome Cuma kurang kecil. Beso ckt jer. Lebih bek kn dari xad lubang hidung? Kn?hehe
            
                Akhir kata, kita seharusnya bersyukur atas apa yang telah Allah SWT telah kurniakan kepada kita kerana ianya adalah yang terbaik untuk kita. Pada surah pertama, ayat pertama didalam Al-Quran juga Allah telah berfirman, “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.” Disuruh umat manusia ini sentiasa bersyukur kepadanya. Walau macam mana pun rupa, walau macam mana kurang pun, walau macam mana sikit pun kita rasa Allah kurniakan kat kita, ketahuilah, itu adalah yang terbaik untuk kita. Dan sebenarnya terlalu banyak yang telah Allah SWT telah kurniakan pada kita. Jadi, bersyukurlah kerana masih ada walaupun kurang..:)
kurang itu lebih baik daripada tiada.’

             p/s. Aik?? Pasal lubang idung tu, jdkan kte sbgai cntoh ape ke?? Msti mse tulis tu, idung adek atam yg kedabak nie yg terlayar d fikiran..hahaha.. pape pown, syukur ALHAMDULILLAH..

haha.. ni adk aku tulis. Hidung dy ni mmg gedabak ckt. Tp gedabak hidung dy pn PMR dy ttp stret A.huhuu. syukur ALHAMDULILLAH~^_^

No comments:

Post a Comment